Thursday, July 18, 2013

MAGGI KETAM KELANTAN


Bahan-bahannya:

1 paket maggi kari
1 ekor ketam (belah 2)
2 ulas bawang putih(dicincang)
1 biji cili merah (dihiris)
Sayur carrot (di potong ikut bentuk yang disukai)
Segenggam sayur sawi (di potong)
Sedikit daun sup (potong pendek)
1 batang serai (diketuk)
2 cawan air
Daun saderi/daun pudina/daun bawang  untuk menambah perisa

Cara-cara:

Tumiskan bawang putih, halia dan cili sehingga wangi
Masukkan ketam, serai, serbuk sup, serbuk kari maggi dan 2 cawan air
Biarkan mendidih sehingga ketam masak (jika kurang air, boleh tambah)
Bila ketam dah masak, masukkan carrot, masukkan maggi dan sawi
Kacau rata sehingga maggi kembang
Hidangkan bersama hirisan dedaun di atas.

Wednesday, July 17, 2013

KERABU MANGGA ALA SIAM




  

Bahan :
3 biji mangga muda (kupas kulit, sagat kasar – kalau halus sangat ia keluar air)
sedikit kapur makan untuk merangggupkan mangga
2 batang serai (dimayang halus)- kalau tak ada pun tak apa
2 biji tomato (potong panjang2)
I biji bawang besar ( potong memanjang)
5 biji cili padi (tumbuk)
1 ulas bawang putih (tumbuk)
1 sudu besar udang kering  atau udang geragau(cuci, tos dan tumbuk halus)
4 sudu besar kacang tanah (goreng tanpa minyak, tumbuk kasar)
2 biji limau nipis atau 1 biji lemon(ambil jusnya)
sos nampla @ sos ikan @ sos sotong (baunya seperti budu sikit)
gula secukup rasa

Cara :

1. Tumbuk cili padi dan bawang putih. Tak perlu sampai lumat.
2. Potong memanjang mangga dan rendam di dalam air kapor sebentar. 3. Basuh dan toskan.
4. Tumbuk udang kering.
5. Campurkan mangga, serai, tomato, cili dan udang kering. Gaul rata.
6. Masukkan jus limau, masukkan sos nampla dan perasakan dengan gula.
7. Tabur kacang tanah atau digaul bersama dengan kerabu.


Cuba  lah!!

Monday, July 8, 2013

MENU MINGGU INI





















SOTONG MASAM MANIS


Bahan-bahan

1 kg sotong dibuang hitam nye..cuci bersih dan tos..Potong membulat
2 sudu besar cili kisar
8 biji bawang kecil *
5 biji bawang putih *
2'' halia *
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
1 sudu kicap hitam (dark soya sos)
1-2 pelepah daun kari (Optional)
garam , gula secukup rasa (mama tambah sudu kecil perencah Maggi secukup rasa)

Cara-cara
1 Kisarkan bawang kecil, bawang putih dan halia.
2. Tumis bahan kisar bersama daun kari hingga wangi , kemudian masukkan cili kisar.
3. Apabila cili dah agak masak masukkan sos tiram, kicap , sos cili , garam dan gula...kacau rata.
4. kemudian masukkan sotong...masak hingga sotong empuk..Sotong tidak perlu dimasak terlalu lama.
5. Cukupkan rasanye..matikan api. Boleh la di hias dan dihidangkan..



BUTTER CHICKEN

Bahan-bahan

I ekor ayam sederhana saiznya - potong kecil
3 ulas bawang putih - tumbuk
2 inci halia - tumbuk
1sk kicap cair
tepung goreng ayam adabi
1 biji bawang besar - potong dadu
1 ulas bawang putih - cincang
daun kari
sedikit serbuk lada putih
2 sudu besar butter 2-3 kuning telur

Cara-cara

1. Perap ayam dengan bawang putih, halia dan juga kicap cair sebentar.
2. Panaskan minyak. Lumurkan ayam ke dalam tepung goreng ayam dan goreng hingga masak kekuningan. Gunakan api perlahan. Angkat dan ketepikan.
3. Di dalam kuali yang lain, campurkan minyak bersama sedikit butter. Kocakkan kuning telur dan tuang perlahan2 ke dalam kuali sambil kacau menggunakan chopstick atau garpu secara berputar  supaya berjurai. Biarkan masak seketika. Kemudian angkat dan toskan. (untuk mendapatkan jurai2 yang halus, gunakan minyak yang banyak ketika menggoreng. boleh juga menggunakan acuan roti jala)
4. Menggunakan kuali yang sama, masukkan  2sb butter. Masukkan bawang, dan daun kari. Kacau hingga naik bau. Masukkan ayam dan gaul mesra.
5. Semasa menghidangkan taburkan jurai-jurai telur tadi ke atas ayam dan hidangkan.

Wednesday, July 3, 2013

KUZI KAMBING















BAHAN-BAHANNYA :-)

1  kg daging kambing, potong kiub besar2, cuci dan toskan*
3  camca besar rempah KUZI
1  inci halia, tumbuk halus*
3  ulas bawang putih, tumbuk halus*
2  biji tomato, dipotong kiub
1  cawam yogurt perisa asli atau ¾ tin susu cair
1/2  camca besar gula melaka
½  cawan kismis
2  biji cili merah, belah 2 setiap 1
2  biji cili hijau, belah2 setiap 1
1  biji bawang besar, belah 4
1  cawan sos tomato
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk perasa (Jika mahu)

** Daging kambing diperap bersama halia dan bawang putih tumbok selama sejam.

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
10 tangkai cili kering, dibuang biji dan rebus untuk melembutkannya.

CARA MEMBUATNYA :-)
1.       Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan sos dan kacau rata. Tambah daging kambing yang telah diperap tadi. Gaul rata dan biar hingga daging kecut. Masukkan kismis dan air (hingga daging tenggelam). Biar mendidih. Masak selama lebih kurang 30 minit sehingga daging betul-betul empuk.

2.       Tambah tomato dan masak hingga daging empuk, masukkan yogurt dan gula melaka, kacau rata. Masuk bawang besar yang dibelah, cili hijau dan cili merah. Kacau dan biar hingga pekat. Tambah garam secukup rasa dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi...

Selamat mencuba!

Monday, July 1, 2013

PIE TEE


Pie Tee Cups


1 cup + 2 tbsp rice flour
1 cup all-purpose flour
1/3 cup corn starch/ flour
2 large eggs
1/2 tsp salt
400 ml water - extra for adjusting as you go along
4 cups vegetable oil for frying


Filling :
2 tbsp vegetable oil
2 tbsp chopped onion
1 tsp chopped garlic
1 large jicama/bangkuang - finely shredded
1 piece dried squid - wash and shred fine
or/and 2 tbsp dried shrimp - wash and chop fine
1 carrot - peeled and finely shredded
1 tsp fish sauce
½ tsp salt
½ tsp white pepper
1/2 cup stock/water
Garnishes:
Coriander leaves
Red chilli, finely sliced
Cooked Shrimp - skinless
Crab Meat - steamed with some shaoxing wine
Fried Shallots
Omelette - thinly julienned
Chilli sauce
Method:

To prepare the Pie Tee Cups


Mix all ingredients together and leave aside for 30 minutes.


Heat the oil then put the Pie Tee mould in the oil to heat up.


Dip the mould into the batter and plunge back into the hot oil.

Fry until light brown. Then shake to remove the cup from the mould. Use a skewer to aid if the cup does not fall off the mould by itself. When dislodged, fry the cups until crispy.

Place on overturn cake rack which has the kitchen paper underneath, to drain,
Repeat until all the batter is used up.
Refry the cups until golden brown and crispy, drain.
Pie Tee cups can be prepared ahead and kept in air-tight container until needed.


To prepare the FILLING
Put the oil in a hot wok and stir fry onion and garlic.

Add the rest of the ingredients, fry until vegetables are fairly soft and the sauce all soaked up by the vegetables. Leave them to cool.

















To serve:

Place pie tee cups separately and guests are to fill the cups with the filling and garnishes.

Source: Lily's

Lets Enjoy

CARROT CAKE



INGREDIENTS
Carrot Cake:

2 cups all purpose flour
2 tsp. baking soda
2 tsp. baking powder
1/2 tsp. salt
3 tsp. ground cinnamon
1/2 tsp. nutmeg
4 eggs
1 1/4 cups oil
1 cup granulated white sugar
1 cup packed brown sugar
2 tsp. vanilla
3 cups grated carrots
1 cup nuts (pecans or walnuts) optional
1 cup raisins (optional


 Cream Cheese Frosting: 
8 ounces cream cheese, softened
1/2 cup butter, softened
2 cups confectioners' sugar
1 teaspoon vanilla extract 

INSTRUCTIONS

1.       Preheat oven to 325°F. Prepare two 9” pans or one 12” cake pan or one 9”x 13” sheet pan by lining with parchment or wax paper.
2.       Mix together in a bowl together flour,baking soda, baking powder, salt, cinnamon and nutmeg.
3.       In a bigger bowl, whisk together eggs, oil, sugars, and vanilla for about minute or so.
4.       Add the dry ingredients to the wet mixture and mix for about 2 minutes more.
5.       Add the grated carrots. Then add nuts and raisins if desired.
6.       Pour batter in prepared cake pans and bake for approx. 45 to 50 minutes. Test for doneness by inserting a skewer, it should be dry when taken out. Cool then fill and frost with cream cheese frosting. Garnish with more nuts.
7.       To make the cream cheese frosting: a bowl beat together cream cheese and butter until creamy. Add in icing sugar and beat for a minute. Add vanilla. Scrape down the sides of the bowl and beat for another minute.


Thursday, June 27, 2013

Super Moist Chocolate Cake

Super Moist Chocolate Cake

















Bahan-bahan ( loyang 9" )/ buat cara cup cake
2 cwn gula (kisar)
2 cwn tepung (ayak)
3 biji telur grade A
1 cwn koko powder
1 cwn susu cair
1 cwn minyak/ butter cair
1 cwn air panas didih
1 tsp soda bikarbonat
1 tsp baking powder
1 tsp esen vanila

Ganache
2 cwn whipping cream
500g cooking chocolate (potong atau patahkan kecil-kecil)
1/8 cwn golden syrup (tak letak pun takpe)

Mousse
1 cwn whipping cream

Cara-cara
1. tepung +koko powder+soda bikarbonat+baking powder di ayak bersama
2. pukul gula dan telur sampai kembang, tambahkan esen vanila
3. masukkan susu dan minyak/butter cair dlm adunan,kacau sebati
4. masukkan bahan2 yg diayak (cara 1) kedalam adunan. gaul dgn cara kaup balik
5. last skali masukkan air panas..kacau sebati
6. bakar selama 1 jam 45 minit pd suhu 175-180degree. bule juga kukus slame lebih kurang 1 jam. Kalau buat cupcake,  letak adunan hampir ½ cup dan bakar dalam 20-25 min.

Utk ganache
1. dlm periuk kecil, didihkan whipping cream
2. bila dah mendidih, padam api...dan masukkan cooking choc. kacau sebati
3. tambahkan golden syrup (jika perlu)
4. ambil 1 cwn ganache dan asingkan

Utk mousse
baki ganache dicampurkan dengan 1 cwn whipping cream. Gaul rata dan  simpan dlm peti sjuk selama 30 minit. Bila sudah pekat, pukul sampai muncul soft peak.

kek yg dah siap..di potong tgh2. sapukan dgn whipped cream dari step di atas.kemudian lapiskan dgn kek yg separuh lg..sapu hingga menutupi keseluruhan kek.kemudian..simpan dlm peti sejuk lebih kurang 30 minit

ambil kek yg dh disapu whipped cream td, sapukan pula dgn ganache. Simpan semula dlm peti lebih kurang 30 minit dan boleh dimakan

Monday, June 24, 2013

Nasi Ayam versi Mama

Nasi Ayam versi Mama
Tweet....tweeet


BAHAN-BAHAN DAN CARA PENYEDIAAN

Untuk Ayam 

1.     Cuci ayam sehingga bersih. Untuk menghilangkan baunya semasa bilasan kali kedua, masukkan Cuma atau tepung gandum. Ini menghilangkan bau hanyir ayam apabila dimasak.
2.     Rebus ayam tadi sehingga masak. Air rebusan ayam akan digunakan untuk memasak nasi dan sebahagiannya untuk sup.

Untuk Nasi
3 cawan beras (hana gune beras thai )- basuh dan toskan
 31/2 air rebusan ayam - bergantung jenis beras
  1/2 biji bawang putih         Tumbuk sampai hancur          
 1 inci halia
1 sudu serbuk pati ayam (optional)
1 helai daun pandan
 1 batang serai ketuk
 1 sudu besar marjerin/butter
 2 sudu besar minyak masak
 Garam secukup
  1 sudu gula
     
Cara-caranya:

Panaskan minyak dan marjerin/butter. Masukkan bahan yang ditumbuk dan  tumis, hingga naik bau... Masukkan pula air rebusan ayam, daun pandan, serai, serbuk pati ayam dan garam secukup rasa. Masukkan beras dan pindahkan ke dalam rice cooker. Masak seperti biasa.

Untuk Sup
 
1 ekor ayam sederhana saiznya
1 sk serbuk@kiub pati ayam
 2 ulas bawang putih diketuk
2 inci halia - ketuk
Air secukupnya
 garam
  daun bawang dan bawang goreng
Rebus semua bahan sehingga ayam masak. Toskan ayam dan ketepikan. Masukkan daun sup dan bawang goreng. Siap utk hidangan sup.

Untuk Sos Cili
 3-4 batang lada merah*
2 ulas bwg putih*
 2 biji tomato*/bleh juga gune tomato puri
2 sudu besar sos chili
1 sudu kecil cuka
1 sudu besar gula
 Garam secukup rasa
>>blend yang bertanda *. Masukkan dlm periuk/kuali dan masukkan sos,cuka, gula n garam. Didihkan sehingga kuah agak2 pekat n matikan api.


Untuk Sos Kicap

3 sudu besar kicap
  1 sudu kecil madu (Optional)
  2 sudu besar air rebusan ayam
Campurkan semua. ketepikan.

Untuk AYAM GORENG MADU
 

Ayam rebusan tadi
3 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
 2 sudu besar madu
1 inci halia - parut
2 ulas bawang putih - parut
blackpepper - optional

Ayam yang direbus tadi boleh dilumur dengan bahan-bahan d atas. Perap lebih kurang satu jam atau lebih. . Panaskan minyak (gune minyak sedikit sahaja asal tenggelam paras setengah ayam). Goreng ayam tadi hingga keperangan. Tak perlu lama kerana ayam sudah masak

Jika tidak mahu ayam tadi di goreng, tidak perlu diperap. Kebanyakan orang cina sukakan ayamyang tidak di goreng kerana ia lembut dan wannanya putih kekuningan.


KEK TIRAMISU


KEK TIRAMISU
sumber: FB





Bahan2:
1 bj kek sponge 8"
200 ml non dairy whipping cream
250 gm cream cheese
20 gm gula castor
100 gm plain yogurt
1 sudu besar gelatin + 3 sudu air panas mendidih ~ kacau dan biarkan gelatin kembang
1 sudu besar instat coffee (nescafe) + 1 cawan air panas ~ dibancuh 
serbuk koko
strawberi utk hiasan






Cara:
Potong kek sponge kepada dua atau tiga lapisan/layer.
Ketepikan.
Pukul whipping cream hingga kental kemudian masukkan dlm peti ais.
Pukul cream cheese dengan gula hingga gebu dan masukkan yogurt dan bancuhan gelatin
Pukul hingga sebati.
Keluarkan whipped cream tadi dan masukkan 1/3 darinya ke dalam adunan cream cheese.
Gaul dgn hand wisk atau spatula perlahan2 hingga sebati (jgn gunakan mixer utk elakkan whipped cream menjadi overbeat)
Masukkan baki whipped cream dan gaul lg hingga sebati.

Cara assemble Kek Tiramisu:
Renjiskan air bancuhan kopi serata pd lapisan kek yg pertama.
Letakkan secukupnya bancuhan cheese dan ratakan.
Ulangkan pada lapisan kek yg seterusnya hingga habis.
Tuangkan lebihan keju hingga menutupi keseluruhan kek dan kemaskan. (hias mengikut kreativiti masing2)
Simpan dlm peti ais lebih kurang 3 - 4 jam.

Untuk hiasan:
Ayak serbuk koko menggunakan penapis teh/kopi pada atas kek dan susun buah strawberi.
Sedia utk dihidangkan...

http://allrecipes.com/recipe/tiramisu-layer-cake
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...