Monday, June 24, 2013

Nasi Ayam versi Mama

Nasi Ayam versi Mama
Tweet....tweeet


BAHAN-BAHAN DAN CARA PENYEDIAAN

Untuk Ayam 

1.     Cuci ayam sehingga bersih. Untuk menghilangkan baunya semasa bilasan kali kedua, masukkan Cuma atau tepung gandum. Ini menghilangkan bau hanyir ayam apabila dimasak.
2.     Rebus ayam tadi sehingga masak. Air rebusan ayam akan digunakan untuk memasak nasi dan sebahagiannya untuk sup.

Untuk Nasi
3 cawan beras (hana gune beras thai )- basuh dan toskan
 31/2 air rebusan ayam - bergantung jenis beras
  1/2 biji bawang putih         Tumbuk sampai hancur          
 1 inci halia
1 sudu serbuk pati ayam (optional)
1 helai daun pandan
 1 batang serai ketuk
 1 sudu besar marjerin/butter
 2 sudu besar minyak masak
 Garam secukup
  1 sudu gula
     
Cara-caranya:

Panaskan minyak dan marjerin/butter. Masukkan bahan yang ditumbuk dan  tumis, hingga naik bau... Masukkan pula air rebusan ayam, daun pandan, serai, serbuk pati ayam dan garam secukup rasa. Masukkan beras dan pindahkan ke dalam rice cooker. Masak seperti biasa.

Untuk Sup
 
1 ekor ayam sederhana saiznya
1 sk serbuk@kiub pati ayam
 2 ulas bawang putih diketuk
2 inci halia - ketuk
Air secukupnya
 garam
  daun bawang dan bawang goreng
Rebus semua bahan sehingga ayam masak. Toskan ayam dan ketepikan. Masukkan daun sup dan bawang goreng. Siap utk hidangan sup.

Untuk Sos Cili
 3-4 batang lada merah*
2 ulas bwg putih*
 2 biji tomato*/bleh juga gune tomato puri
2 sudu besar sos chili
1 sudu kecil cuka
1 sudu besar gula
 Garam secukup rasa
>>blend yang bertanda *. Masukkan dlm periuk/kuali dan masukkan sos,cuka, gula n garam. Didihkan sehingga kuah agak2 pekat n matikan api.


Untuk Sos Kicap

3 sudu besar kicap
  1 sudu kecil madu (Optional)
  2 sudu besar air rebusan ayam
Campurkan semua. ketepikan.

Untuk AYAM GORENG MADU
 

Ayam rebusan tadi
3 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
 2 sudu besar madu
1 inci halia - parut
2 ulas bawang putih - parut
blackpepper - optional

Ayam yang direbus tadi boleh dilumur dengan bahan-bahan d atas. Perap lebih kurang satu jam atau lebih. . Panaskan minyak (gune minyak sedikit sahaja asal tenggelam paras setengah ayam). Goreng ayam tadi hingga keperangan. Tak perlu lama kerana ayam sudah masak

Jika tidak mahu ayam tadi di goreng, tidak perlu diperap. Kebanyakan orang cina sukakan ayamyang tidak di goreng kerana ia lembut dan wannanya putih kekuningan.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...