CATATAN PERJALANAN

Catatan perjalanan ke Langkawi
28 Mac 2013

Cerita pasal teksi nak ke Airport
Tepat pukul 12 tengahari kami menuju ke ofis abah di Shah Alam kerana pagi itu abah kerja. Ada 4 meeting katanya. Sesampai diofis abah mengajak ke HSBC seksyen 9. Katanya duit dalam poket tinggal RM5 ringgit. Aduh! Boleh pulak GM pokai. Balik semula ofis, tunggu lagi. Maklum boss yang paling busy.
Kami nampak Crew TV3 masuk ke ofis abah..fikir kami aduh, abah nak kena interview ke??? Maklum baru semalam lepas Convention kat Sunway..KOT la nak buat sidang akhbar. “doa-doa tak lah” kata Syafiq.
“Eh tu Daniel” kata Aah. “Ha boleh lah hantar kita ke airport”. Kata Mama. “boleh!, tanya la Boss Besar” kata Daniel dengan tersengih-sengih, ditujukan pada Abah lah. Sekejap Abah turun ke kereta. Mama jelaskan pada Abah hasrat kami untuk minta Daniel hantar. Tapi Abah kata “ kita cari teksi kat Seksyen 18, disitu banyak teksi” .
Kami tunggu di seksyen 18. 5 minit menuggu, tiada langsung kelibat teksi. “Kita tunggu aje kat Bus Stop kot ada” kata Abah. Waktu dah pun pukul 2.30 petang. Kami mesti sampai Airport pukul 3. Flight 3.30 , nasib baik suruh Paein tolong check-in dari Aussie. 

Tiba-tiba muncul sebuah teksi. Daniel tahan dan dia berenti. Dia setuju untuk hantar kami.
Masuk je teksi, dah dengan ceramah PAS dari teksi tersebut. Abah tanya “Sempat ke hantar?, kami perlu sampai pukul 3” . Kami berasa tak senang sebab teksinya semput macam kena resdung!. “Abang kena pecut sikit” kata Abah. Pemandu teksi menjawab “kereta ni tak boleh laju, lagi pun nak kena pergi isi gas, dah hampir habis ni” katanya selamba dan relax. Aduh!! Mama dah gelabah sambil bertanya “Sempat ke ni,nak isi kat mana?” .Jawab pemandu “Kat batu 3 jap je”. Terus pandu dengan semput-semput. Mukanya selamba dan relax. Aduh!. Darah dah mula menyirap. Kalau tak boleh jalan jauh jangan ambil penumpang. Abah nampak resah. Kata Abah “Kalau tak boleh tak pe lah!, kami tunggu teksi lain” . Mungkin Abah fikir untuk minta Daniel je hantar. Senang cerita.

Sampai selekoh selepas roundabout, teksi membelok ke kiri. “Eh nak kemana ni?’ Mama bertanya lagi. Panik pun ada. “Cari teksi lain, rasanya tak sempat lah!” akhirnya teksi tersebut mengaku kalah. Dia hantar kami ke stesyen keretapi seksyen berapa entah!. “ Din, tolong hantar penumpang ni ke Airport” kata pemandu teksi tersebut sambil menuju ke teksi yang kedua dalam barisan. “Kenapa pulak? nape kau tak hantar je?” tanya si Din. “Aku ada masalah teknikal” kata nya. Kepala hotak berjambul dia!.
Din bersetuju. Abah dengan muka marahnya terus masuk ke teksi baru. Teksi yang pertama dalam barisan menjeling marah, mungkin kerana potong queue, dimana sepatutnya dia terlebih dahulu menerima penumpang. Pemandunya seorang perempuan. Teksi tersebut dengan marahnya terus berlalu keluar dari barisan.

Ah kami tak kisah. Yang penting teksi yang ni membawa kami ke Airport. Dalam teksi Abah membebel tak berenti. Bercerita kepada pemandu kedua tadi pasal pemandu pertama yang sanggup mengambil kami tapi pada masa yang sama tak yakin boleh sampai ke Airport. Apa da!!. Orang macam ni pun ada kat dunia ni.
Pemandu kedua tadi bercerita, pemandu pertama tadi kawan beliau. Asalnya orang itu rajin tapi setelah terbabit selalu dengan ceramah-ceramah disurau bercampur pulak dengan ceramah pembangkang, itu lah jadinya sekarang. Orang Kelantan katanya. “Orang Kelantan lelaki memang macam tu, pemalas. Orang perempaun yang rajin cari duit” kata Mama mengiyakan kata-kata pemandu teksi kedua tadi. “Bab politik kedai kopi tak kalah, tak ada fakta, fitnah menjadi-jadi, itu menjadi ikutan” tambah Mama yang memang tak puas hati dan tak suka bab poltik fitnah memfitnah ni.

Tapi syukur juga pemandu teksi pertama tadi ‘pass’ kami kepada pemandu kedua. Dibuatnya dia ‘insist’ nak hantar juga ,rasanya bye-bye  la LIMA..bye-bye la Langkawi.
Akhirnya tepat jam 3.15 petang kami sampai di Airport LCCT. Kami berlari masuk terus untuk boarding. Penumpang lain ke destinasi sama semua sudah pun beratur. Syukran .syukran...kami panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnanya, akhirnya tiba juga kami di Langkawi tepat jam 4.30 petang.

Bemula episod di Langkawi
Bercerita pasal Langkawi, ini sebenarnya kali ke 5 kami kesini. Tetapi tujuan kali ini tidak lain hanya untuk melihat pamrean LiMA. Tak pernah tengok secara live. Kebetulan tiket Mama dah tempah dari tahun lepas lagi. Setiba di airport Langkawi, Mama SMS pemilik Homestay, minta alamat. “Tunggu di airport, Ada MPV akan jemput”. Balasnya. Kami pun tunggu. Tapi pada masa yang sama rupanya abah dah pun tempah kereta.

Tuan punya kereta sampai selepas 10 minit kami tiba. Abah berlalu dengan ‘Boboy’ tuan punya kereta. Pada masa yang sama MPV milik homestay pun tiba. Kami menunggu abah sekejap. Selang beberapa minit abah masuk ke MPV kami. “Eh, abah kata nak ikut belakng MPV ni” Mama kehairanan. “Kepala hatok si mamat gemok tu, kita cuma berempat, dia bagi Van muat 12 orang. Abah minta dia cari kereta lain” Abah melepaskan geram..Em...temprature Abah naik turun dari tadi...kesian Abah. Kami tersengih je...sebab dah sampai Langkawi.

Bercerita pasal tempat penginapan pula, kerana terlupa, last minute baru nak booking. Memanglah tak ada. Abah minta dealer Panasonic di Langkawi tolong carikan hotel. Tapi semua nya fully-book. Hotel five star berapa star pun sekali pun semua dah habis. Adoi..macamana ni? . Beliau segan untuk book Homestay takut bukan standard kami. “Big boss mana boleh tinggal homestay” katanya sambil berjanji akan usahakan juga untuk booking hotel. Memang kami tidak pernah tinggal homestay kecuali di Penang semasa kenduri Pak Anjang. Tapi ok jugak. Homestay tersebut besar, kemas dan lengkap. Bayar Cuma RM 170 satu malam.
Semasa kami ke Langkawi tahun-tahun sebelumnya pun kami menginap di Hotel Equatorial, Berjaya resort, Legenda hotel dan lupa dah..pendek kata semua boleh tahan lah..Tak pernah lah homestay.

Tetapi cerita penginapan kali ini amat berbeza.Oleh kerana tiada pilihan, Mama minta Cik Na contact kawan yang bekerja di sebuat hotel di Langkawi. Katanya kawan tersebut ada mengenali pemilik Homestay. Setelah melihat facebook , gambar dalaman ,mama pun bersetuju. Lagi pun kami terdesak kerana tiada jawapan dari Dealer di Langkawi.

MPV tadi membawa kami terus dari Airport ke Homestay tersebut dengan dijemput oleh seorang pemuda, anak kepada pemilik Homestay.”Pak cik dari mana?” dia memulakan perbualan “Pak cik ni dari KL, datang nak tengok LIMA” kata Abah ringkas. “Oh gitu. Pakcik kerja ape?” soalan selanjutnya dari pemuda tadi. En busy body pulak dia. “Pak cik bawa lori je, sebab tu tak mampu nak tidor hotel” jawapan yang biasa abah gunakan apabila ditanya apa kerjanya.

Tetiba handphone abah berdering “ Hellow M..., Have you read my Email? Now you know hah..they think they are too smart, never confirm already advertised..now you see what happen...blah..blah.blah.......ok please let me know,,bye..haik..haik..” Dalam 5 minit juga abah mebebel dan pengakhiran kata abah ikut stail cakap Jepun. Pemuda tadi tersengih. Mungkin dia sedang berkata-kata di benaknya, pak cik sebelah ni kelentong aku kerja pemandu lori.

Se sampai di Homestay di Kg Bayas, kami terkedu!. Apa? Ini kah Homestay yang Mama telah book? Mama terdiam. Kata Abah lebih elok rumah Tok kat kampung lagi. Kami diberi kunci dan masuk. Rumah 2 bilik dengan sewa RM 250 satu malam. Selang beberapa minit anak kepada pemilik homestay datang dengan resit balance bayaran. Katanya kena jelaskan sekarang juga. Pemiliknya hanya tinggal bersebelahan. Mungkin tak percayakan kami atau memang prosedur begitu. Mama jelaskan semua bayaran. Ungkapan biasa abah mama adalah Finance Director.

Kami ketawa. Lucu ada kesal pun ada. kerana ini kali pertama kami menginap di Homestay begini. Mama lagi lah rasa bersalah. “Mama tengok facebook dia macamana?” Tanya abah. “Ma tengok gambar nampak ok, dalaman lah, luar dia tak tunjuk, sebab tu ma pilih” dengan nada rasa bersalah Mama menjawab soalan Abah. “Tak pa la, bayaq, bayaq dah, ok lah nak kata apa lagi..boleh tidoq cukop” Abah keluar seleng loghat Kedahnya. Daifnya Homestay ni. Air paip sangat perlahan. Toilet tiada sambungan paip ke tandas. Kena guna cebok. Mandi pun pakai cebok. Adoi..Kami terbiasa hotel dan tak bawa sabun. “Hei...Agah la Mama ni” mesti ini ungkapan Paein kalau dia tahu mama kata terbiasa dengan hotel.

Arghh kena keluar beli sabun mandi. Alahai ubat gigi pun lupa. Apa la Syfiq dan Aah ni... Tapi nak keluar macamana? Transport pula belum sampai. Mungkin ini ujian untuk kami supaya dapat menilai kesusahan orang lain.Tapi bagi Aah yang dah biasa senang ni, mestilah  rasa tak selesa. Nasib baik bilik utama ada juga aircond walaupun buruk. Rasalah sejuk sikit kerana cuacu disini agak panas dan kering.

Dalam 15 minit muncul lah Dealer Panasonic di Langkawi. Kong namanya. Dia menaiki kancil buruk dipenuhi barangan repair aircond. Orangnya muda dalam 30an.  Dia terloncat berpusing “ Ayo. BOSS!!!, kamu duduk rumah ini macam ka?...Ayo kalau aku tahu kamu mahu tinggal homestay, aku boleh cari lebih baik punya, Ayo ini macam..Ayo! ayo!” kata Kong sedikit terkejut. Kah..kah..kah dia ketawa. Yak sangka kami boleh tinggal di homestay macam tu.  Sampuk Abah “ mana aku tahu, in bini aku yang book, aku tak sangka ini macam”. “ Tapi tak pa lah aku dah bayar RM 500 untuk 2 hari” kata abah untuk tenangkan hati.

Kami menaiki Kancil si Kong untuk makan sebab dari tengahari kami tak makan. Aaah dah mula lesu sebab dia kuat makan. Mama pula cakap ok, padahal malu-malu kucing. Sebenarnya mahu makan tapi sebab Abah selalu perli “ Mama dah tak ada pinggang...” Mama pun senyap je.... Ni sikit je gambar.....

LIMA 2013



GORILA

MULUT BUAYA

MAMAku yang COMEL..

MAMA & AAH

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...