BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg daging kambing, potong kiub besar2, cuci dan toskan*
3 camca besar rempah KUZI
1 inci halia, tumbuk halus*
3 ulas bawang putih, tumbuk halus*
2 biji tomato, dipotong kiub
1 cawam yogurt perisa asli atau ¾ tin susu cair
1/2 camca besar gula melaka
½ cawan kismis
2 biji cili merah, belah 2 setiap 1
2 biji cili hijau, belah2 setiap 1
1 biji bawang besar, belah 4
1 cawan sos tomato
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk perasa (Jika mahu)
** Daging kambing diperap bersama halia dan bawang putih tumbok selama sejam.
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
10 tangkai cili kering, dibuang biji dan rebus untuk melembutkannya.
CARA MEMBUATNYA :-)
1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan sos dan kacau rata. Tambah daging kambing yang telah diperap tadi. Gaul rata dan biar hingga daging kecut. Masukkan kismis dan air (hingga daging tenggelam). Biar mendidih. Masak selama lebih kurang 30 minit sehingga daging betul-betul empuk.
2. Tambah tomato dan masak hingga daging empuk, masukkan yogurt dan gula melaka, kacau rata. Masuk bawang besar yang dibelah, cili hijau dan cili merah. Kacau dan biar hingga pekat. Tambah garam secukup rasa dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi...
Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment