Thursday, June 27, 2013

Super Moist Chocolate Cake

Super Moist Chocolate Cake

















Bahan-bahan ( loyang 9" )/ buat cara cup cake
2 cwn gula (kisar)
2 cwn tepung (ayak)
3 biji telur grade A
1 cwn koko powder
1 cwn susu cair
1 cwn minyak/ butter cair
1 cwn air panas didih
1 tsp soda bikarbonat
1 tsp baking powder
1 tsp esen vanila

Ganache
2 cwn whipping cream
500g cooking chocolate (potong atau patahkan kecil-kecil)
1/8 cwn golden syrup (tak letak pun takpe)

Mousse
1 cwn whipping cream

Cara-cara
1. tepung +koko powder+soda bikarbonat+baking powder di ayak bersama
2. pukul gula dan telur sampai kembang, tambahkan esen vanila
3. masukkan susu dan minyak/butter cair dlm adunan,kacau sebati
4. masukkan bahan2 yg diayak (cara 1) kedalam adunan. gaul dgn cara kaup balik
5. last skali masukkan air panas..kacau sebati
6. bakar selama 1 jam 45 minit pd suhu 175-180degree. bule juga kukus slame lebih kurang 1 jam. Kalau buat cupcake,  letak adunan hampir ½ cup dan bakar dalam 20-25 min.

Utk ganache
1. dlm periuk kecil, didihkan whipping cream
2. bila dah mendidih, padam api...dan masukkan cooking choc. kacau sebati
3. tambahkan golden syrup (jika perlu)
4. ambil 1 cwn ganache dan asingkan

Utk mousse
baki ganache dicampurkan dengan 1 cwn whipping cream. Gaul rata dan  simpan dlm peti sjuk selama 30 minit. Bila sudah pekat, pukul sampai muncul soft peak.

kek yg dah siap..di potong tgh2. sapukan dgn whipped cream dari step di atas.kemudian lapiskan dgn kek yg separuh lg..sapu hingga menutupi keseluruhan kek.kemudian..simpan dlm peti sejuk lebih kurang 30 minit

ambil kek yg dh disapu whipped cream td, sapukan pula dgn ganache. Simpan semula dlm peti lebih kurang 30 minit dan boleh dimakan

Monday, June 24, 2013

Nasi Ayam versi Mama

Nasi Ayam versi Mama
Tweet....tweeet


BAHAN-BAHAN DAN CARA PENYEDIAAN

Untuk Ayam 

1.     Cuci ayam sehingga bersih. Untuk menghilangkan baunya semasa bilasan kali kedua, masukkan Cuma atau tepung gandum. Ini menghilangkan bau hanyir ayam apabila dimasak.
2.     Rebus ayam tadi sehingga masak. Air rebusan ayam akan digunakan untuk memasak nasi dan sebahagiannya untuk sup.

Untuk Nasi
3 cawan beras (hana gune beras thai )- basuh dan toskan
 31/2 air rebusan ayam - bergantung jenis beras
  1/2 biji bawang putih         Tumbuk sampai hancur          
 1 inci halia
1 sudu serbuk pati ayam (optional)
1 helai daun pandan
 1 batang serai ketuk
 1 sudu besar marjerin/butter
 2 sudu besar minyak masak
 Garam secukup
  1 sudu gula
     
Cara-caranya:

Panaskan minyak dan marjerin/butter. Masukkan bahan yang ditumbuk dan  tumis, hingga naik bau... Masukkan pula air rebusan ayam, daun pandan, serai, serbuk pati ayam dan garam secukup rasa. Masukkan beras dan pindahkan ke dalam rice cooker. Masak seperti biasa.

Untuk Sup
 
1 ekor ayam sederhana saiznya
1 sk serbuk@kiub pati ayam
 2 ulas bawang putih diketuk
2 inci halia - ketuk
Air secukupnya
 garam
  daun bawang dan bawang goreng
Rebus semua bahan sehingga ayam masak. Toskan ayam dan ketepikan. Masukkan daun sup dan bawang goreng. Siap utk hidangan sup.

Untuk Sos Cili
 3-4 batang lada merah*
2 ulas bwg putih*
 2 biji tomato*/bleh juga gune tomato puri
2 sudu besar sos chili
1 sudu kecil cuka
1 sudu besar gula
 Garam secukup rasa
>>blend yang bertanda *. Masukkan dlm periuk/kuali dan masukkan sos,cuka, gula n garam. Didihkan sehingga kuah agak2 pekat n matikan api.


Untuk Sos Kicap

3 sudu besar kicap
  1 sudu kecil madu (Optional)
  2 sudu besar air rebusan ayam
Campurkan semua. ketepikan.

Untuk AYAM GORENG MADU
 

Ayam rebusan tadi
3 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
 2 sudu besar madu
1 inci halia - parut
2 ulas bawang putih - parut
blackpepper - optional

Ayam yang direbus tadi boleh dilumur dengan bahan-bahan d atas. Perap lebih kurang satu jam atau lebih. . Panaskan minyak (gune minyak sedikit sahaja asal tenggelam paras setengah ayam). Goreng ayam tadi hingga keperangan. Tak perlu lama kerana ayam sudah masak

Jika tidak mahu ayam tadi di goreng, tidak perlu diperap. Kebanyakan orang cina sukakan ayamyang tidak di goreng kerana ia lembut dan wannanya putih kekuningan.


KEK TIRAMISU


KEK TIRAMISU
sumber: FB





Bahan2:
1 bj kek sponge 8"
200 ml non dairy whipping cream
250 gm cream cheese
20 gm gula castor
100 gm plain yogurt
1 sudu besar gelatin + 3 sudu air panas mendidih ~ kacau dan biarkan gelatin kembang
1 sudu besar instat coffee (nescafe) + 1 cawan air panas ~ dibancuh 
serbuk koko
strawberi utk hiasan






Cara:
Potong kek sponge kepada dua atau tiga lapisan/layer.
Ketepikan.
Pukul whipping cream hingga kental kemudian masukkan dlm peti ais.
Pukul cream cheese dengan gula hingga gebu dan masukkan yogurt dan bancuhan gelatin
Pukul hingga sebati.
Keluarkan whipped cream tadi dan masukkan 1/3 darinya ke dalam adunan cream cheese.
Gaul dgn hand wisk atau spatula perlahan2 hingga sebati (jgn gunakan mixer utk elakkan whipped cream menjadi overbeat)
Masukkan baki whipped cream dan gaul lg hingga sebati.

Cara assemble Kek Tiramisu:
Renjiskan air bancuhan kopi serata pd lapisan kek yg pertama.
Letakkan secukupnya bancuhan cheese dan ratakan.
Ulangkan pada lapisan kek yg seterusnya hingga habis.
Tuangkan lebihan keju hingga menutupi keseluruhan kek dan kemaskan. (hias mengikut kreativiti masing2)
Simpan dlm peti ais lebih kurang 3 - 4 jam.

Untuk hiasan:
Ayak serbuk koko menggunakan penapis teh/kopi pada atas kek dan susun buah strawberi.
Sedia utk dihidangkan...

http://allrecipes.com/recipe/tiramisu-layer-cake
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...